Ahad, 2 Ogos 2009

ali dan ustaz

Ini kisah real masa di sekolah agama rakyat dulu. Time tu kelas Tajwid Al Quran





Ustaz: Ali, jika "nun" mati berjumpa dengan "mim", apa hukumnya?



Ali (terkenal dengan loyar buruk) : Ustaz, "nun" jumpa "mim" tu, malam ke siang?



Ustaz (bingung dengan soalan Ali) lalu bertanya: apa kaitan malam atau siang?



Ali: Ya la ustaz.., kalau "nun" mati berjumpa dengan "mim" waktu malam, apa lagi ustaz..hukumnya tentu "mim"cabut lari bila jumpa "nun" yang dah mati.



Murid-murid: ha ha ha ha ha


Ustaz: bangang punya budak.....berdiri atas meja.



*huruf "nun" mati berjumpa huruf "mum" adalah "idram maalrunnah" dan wajib dibaca dengan panjang dua harakat.

thinking?

i am STRONG because i am WEAK

i am BEAUTIFUL because i know MY FLAWS

i am a LOVER because im a FIGHTER

i am FEARLESS because i have been AFRAID

i am WISE because i have been FOOLISH

and i can LAUGH because i've known SADNESS

Rabu, 29 Julai 2009

H1N1

Wabak Influenza A H1N1(Selsema Babi)-Apa yg perlu anda tahu?
1. Apakah Influenza A?
Influenza A H1N1 adalah penyakit respiratori akut yang berjangkit di kalangan babi dan disebabkan oleh virus influenza A.
Di kalangan babi, virus ini tersebar melalui titisan air pernafasan dan hubungan secara langsung atau tidak langsung. Ia juga boleh tersebar melalui babi yang asimptomatik (tidak mempunyai sebarang gejala penyakit tetapi membawa virus Influenza A H1N1).
2. Berapakah subtypes (jenis) Virus Influenza A yang wujud?
Virus Influenza A H1N1 sentiasa berubah seperti virus influenza yang lain. Terdapat 4 subtypes utama virus influenza A iaitu H1N1 (virus yang biasa ditemui pada babi), H1N2, H3N1 dan H3N2. Babi boleh dijangkiti virus Avian Influenza (Selesema Burung), virus influenza bermusim manusia, serta virus Swine Influenza (Influenza A H1N1).
Babi boleh dijangkiti lebih daripada satu jenis virus pada satu masa. Ini menyebabkan gen virus tersebut bercampur dan menghasilkan virus influenza yang mengandungi gen daripada pelbagai sumber, dikenali sebagai virus yang bercampur (reassortant) .
Walaupun virus Influenza A H1N1 pada kebiasaannya adalah spesis yang spesifik dan hanya menjangkiti babi, namun virus ini boleh menjangkiti manusia.
Virus influenza yang dijumpai pada babi pada masa kini adalah virus H1N1.
3. Di manakah kes jangkitan terhadap manusia pernah terjadi?
Sejak pelaksanaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) pada 2007, Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah melaporkan kes Influenza A H1N1 dari Amerika Syarikat dan Sepanyol.
Pada masa ini negara-negara yang terjejas dengan kes Influenza A H1N1 adalah Mexico, Amerika Syarikat dan Kanada. Untuk maklumat terkini tentang negara-negara yang terjejas, sila rujuk laman web
4. Apakah tanda dan gejala Influenza A H1N1 pada manusia ?
Tanda dan gejala Influenza A H1N1 pada manusia adalah serupa dengan gejala selesema manusia termasuk demam, batuk, sakit tekak, sakit-sakit badan, sakit kepala serta badan berasa sejuk dan lesu.
Terdapat juga sesetengah kes yang mengalami cirit birit dan muntah.

Isnin, 27 Julai 2009

pagi ???

asal ek pg nie aq leh bgn awl huhuh .....n tetibe rjn plk aq buka blog aq nie nk tls sesuatu yg pentg hari ini aq dh start sem br huhuh aq xtau nk ska ke duka pasl aq tgh xada perasaan apa2 pn skg nie...aq lynkan jela nnt perasaan aq nie huhuh... cerita aq pg nie apa ek aq nk smbg sikit r pasal kegiatan aq kt kmpg kalau pg cmni.. mase start2 sem dlu pg2 mcm nie aq bantai tdo je hehe pas dh 2week gitu kt kmpg br aq jd org cikit bgn pg hehe...aq pg2 kne buka pintu blakg umh aq pintu grill tue kuarkan moto..panaskan moto kriss wrne biru tue lex jp tgk mak aq msti tgh tgk kuliah kt tv hehe... aq g satu tmpt n bwk duit aq order je aq aku nak hehe apa tmpt tue kedai mkn lah pg2 mcm nie mmg aq ngeteh je slalu ngn kwn2 aq kt kmpg heheh kne roti canai bawang ngn teh o panas nipis kurg manis perh mmg mantap beb terbaek dr ladg kan.. tp ngeteh pg aq kejp je pasl mbr aq semua nk g keje hehe n aq pn kne tolg mak aq kt umh... jd dlm kul 8. lebh dh berabuk dh aq ngn mbr2 kmpg ku tue... diorg keje aq blk umh...kt umh plak aq msti bwkkan sarapan utk mak aq.. kalau x mau kne samuk aq ngn mak aq xbwk mknn hehe dh dia yg bg wet g ngeteh hehe..slalu pg2 cmnie mak aq msti tgh nyapu halaman kadg aq betekak gk ngn mak aq pasl nyapu nie ...pasl pa aq tgk xdak smph pn dia sapu apa nth tp nk wt cmne kan dia mmg ska nyapu lyn jela huhuh aq plak tgk mak aq nyapu pgl dia msuk umh n sruh mak aq mkn hehe.. baek kan ank dia nie huhuh poyo je.. ble mak aq mkn aq mula lah buka radio ke tv ke pg2 nie ..tp slalu aq buka tv r pasl siarn indon pg2 cmne best2 dh... tp kadg aq xtgk tv kalau ada pakaian yg mesin basuh kt umh aq basuh ha mmg aq la h yg kne jemur kt ampaian hehe...buka lg grill pintu blakg kuarkan ampaian huhuh ....k r aq lapo plak nk mkn tue br jam first kegiatan aq pg2 cmni nnt aq cerita selanjutnye lg k hehe chowwww.

moto

aq bli moto huhuhuhuh.... tp rupanya bli moto pn ikut nasib kan heheh asal aq ckp gitu..suka atie aq lah ..xdak lah aq nk cerita pasal aq bli moto nie... aq lepk kmpg je cuti sem 2buln ... aq aa rm3riban moto baru rm5riban mana 2riban lg aq nk cr... aq jln2 smpi abes satu kmpg aq pusing jeng...jeng... dpt idea meniaga... tp kedai gemuk dh xbuka cmne nak niaga ....aq kembali kust berharian pikiran aq xhenti memikirkan pasal kekalutan ini bagai sudah takdir.. berkat doa dan iltizam aq dpt gk rm2riban hehehe tp bagaimana aq dpt nnt lah len kali aq cerita yeeeee.. nie mukadimah je cerita pasal moto... byeeee

Jumaat, 24 Julai 2009

putus cintaaaaaaaaaaaa

arghhhhh putus cinta????????

Huhh..istilah selamat tinggal sayang, sampai sini sahaja hubungan kita, awak bukan pilihan saya adalah kalimah yang cukup pahit yang ingin di hindari oleh pasangan yang bercinta.., selagi hayat dikandung badan kau ku cintai cewahhhh. bukan semua jodoh yang di impikan itu akan kesampaian.bak istilah bahasa drama “jodoh itu rahsia Allah”

Lagu ni best sangat tangkap lentok dibuatnya bg pasangan yang berpisah..hehheh
Bila Bunga Dipetik Orang

Sunyi di hati ku
Bila bunga di petik orang di taman
Walaupun ku jaga dan ku siram
Ku jaga kembangnya

Sang kumbang merana
Tiada bunga
Bungaya tiada dua
Moga ia kembali ke asalnya
Yang masih menanti

Tiada ku lupa kemesraan, kejujuran itu
Tapi mengapakah kau berubah
Tak seperti dulu
Aku tersiksa diri merana
Kerana dikau wahai bungaku
Lupakan dia kekasih baru
Yang kau tak kenal isi hatinya
Aku mengharapkan kembalilah
Wahai kau bunga jangan pergi

Ku tetap menunggu merinduimu
Walaupun di balik awan
Jangan rosakkan hati ini
Yang suci abadi

link kat u tube lagu ni

Semua orang mencari cinta masing-masing..tp masing-masing mencari adakah yang di anjurkan oleh islam atau tidak…islam menganjurkan carilah yang ada agama..dalam masa yang sama islam tidak menolak hartawan, jelitawan, bangsawan..tp islam meletakan agamawan itu adalah lebih utama

Putus cinta??
Istilah ini biasa sahaja dikaitkan dgn cinta monyit di zaman remaja…kebiasaan manusia yang normal akan suka pasangan yang sebaliknya..laki suke ke pempuan dan pempuan suke ke laki…ini fitrah manusia..tp adakah cinta adalah segalanya???

Ya sudah tentu tidak..
Terkejutkan baru2 ini ada seorang pelajar berumur 15 tahun nak bunuh diri sbb kecewa kerana cinta…hebat agaknyer cinta dak ni kalah filem cite industan..orang2 begini merasakan cinta adalah segalanya.. mungkin anda yang belom rasain penangan bercinta, dan anda mengatakan "sengal gaban dak ni".. tp inilah hakikat cinta
Dan tidak mustahil juga ada orang yang tak nak bercinta..mungkin sbb putus asa kot atau hormon or etc etc etc.....he

Kadang-kadang kite puas doa kepada Allah tuk bg kite aweq yang kite idamkan tu.. yang kiut. Cun giler, pandai, ada agama ermmm ag apa mcm2 arr
Tp ilmu Allah itu mengatasi segalanya..adakah allah tak memperkenankan doa hambanya??
Doa kepada Allah ni semua allah terima,tp ada doa yang mustajab dan ada yang tidak mustajab, cume bentuk itu berbeda-beda pada seorang hamba dengan hamba yang lain
Allah firman
Allah memerintahkan hamba-hambaNYA agar sentiasa berdoa kepadaNYA. Cuba lihat surah al-Mukmin/Ghafir ayat 60.
وَقَالَ رَبُّكُـمْ ادْعُونِى أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِى سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَخِرِينَ
•Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenan-kan doa permohonan kamu. Sesungguh-nya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina. GHAAFIR=60

Allah maha mengetahui apakah yang tebaik buat hambanya, kite lihat kadang Allah tak Kabul apa yang kite inginkan tapi Allah bagi dengan perkara yang lain pula, kite doa supaya Allah murahkan rejeki supaya kaya, tp Allah bg yang lain barangkali Allah bagi nikmat panjang umur.. Allah lebih mengetahui apakah yang keprluan seorang hamba..jika Allah tak mustajabkan doakan kita Allah pasti ganti dengan perkara yang lain.. bergitu juga dengan jodoh


Kenapa Allah dah tentukan jodoh pastu adanya perceraian juga/?

Haaaa soalan ni di tanyakan oleh orang yang belajar agama tuuuu kepada saya??
Agak2nyer apa nak jawab eikk??

Ermmm mudah je..bila Allah da jodohkan pasangan pastu jadi penceraian itu maknanya jodoh mereka hingka kesitu sahaja..allah tetapkan jodoh mereka sampai kat situ..allah maha Adil mengatahui segalanya..ketahuilah... tetap ada hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap kejadian begitu juga dgn putus cinta..ada hikmah tertentu

Kadang kesilapan kita adalah untuk memahami apa itu qodo’dan qoda..penting ni untuk percaya qodo’ dan qodar…kerana ia termasuk rukun iman tu….kadang orang mempertikaikan “ishhh aweq tu sesuai untuk aku arrr pesal dier pulak yang kawen ngan aweq tu”, kadang orng pertikaikan “tgk tu pempuan tu jd isteri no 2, merampas suami orang”..haaa istilah macam ni arr mengurangkan iman dengan mereka tidak percaya qodo’ dan qodar… rukun imam 6-1 = 0 tau…
Jom kite tgk hadith ke4 dari 40 hadith pilihan imam nawawi

HADITS KEEMPAT
عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَبْدِ اللهِ بنِ مَسْعُوْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : حَدَّثَنَا رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم وَهُوَ الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ : إِنَّ أَحَدَكُمْ يُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ يَوْماً نُطْفَةً، ثُمَّ يَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يُرْسَلُ إِلَيْهِ الْمَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْهِ الرُّوْحَ، وَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ: بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ.
[رواه البخاري ومسلم]
Terjemah Hadits / ترجمة الحديث :

Dari Abu Abdurrahman Abdullah bin Mas’ud radiallahuanhu beliau berkata : Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam menyampaikan kepada kami dan beliau adalah orang yang benar dan dibenarkan : Sesungguhnya setiap kalian dikumpulkan penciptaannya di perut ibunya sebagai setetes mani selama empat puluh hari, kemudian berubah menjadi setetes darah selama empat puluh hari, kemudian menjadi segumpal daging selama empat puluh hari. Kemudian diutus kepadanya seorang malaikat lalu ditiupkan padanya ruh dan dia diperintahkan untuk menetapkan empat perkara : menetapkan rizkinya, ajalnya, amalnya dan kecelakaan atau kebahagiaannya.
(Riwayat Bukhori dan Muslim).

Jadi kesimpulan yang dapat kita ambil adalah selaku muslim mukmin hendak mempercayai qodo’ dan qodar yang Allah tetapkan, tapi tak ley serah bulat2 tanpa usaha..salah tu,, adapun kita hambanya hendak tunduk dan patuh atas perintahnya..mudahan kite menjadi hamba-hamba yang bertaqwa dan kembalikan apa yang ada didalam al quran dan sunnah dan mengikut ulama’ pewaris nabi yang mengikut benar-benar manhaj nabi SAW

ingat cintai Illahi cinta yang hakiki...

Adakah Cinta Memerlukan Sebab??



Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.

Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini :
"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.... Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.

Adakah cinta memerlukan sebab?
Tidak!
Aku masih mencintai mu dulu, kini dan selamanya......